Budak Ijat Ep7

Tok Mat nampak Budak Ijat sedang tolong Mak Der. Tok Mat terus marah Budak Ijat sebab kacau dia tidur. Budak Ijat mengaku salah dan beritahu yang dia cuba kejutkan Tok Mat untuk sahur. Tok Mat marah dan beritahu dia tak perlukan bantuan Budak Ijat. Mak Der marah Tok Mat balik sebab garang sangat. Cerita Fatimah takde duit nak bayar beg tangan jadi kecoh di kampung. Fatimah benggang betul dengan Joyah sebab bawak mulut. Selepas fikir panjang, Fatimah ambil keputusan untuk ambil upah jahit. Fatimah hebahkan pada kawan-kawan dan pasang papan iklan yang dia ambil upah jahit di depan rumah. Tok Imam baca surat dari peti cadangan. Ada orang kampung mengadu, ceramah tazkirah Tok Imam bosan dan minta ditukar cara yang lebih menarik. Tok Imam marah dan syak surat itu mesti Mak Der yang tulis. Budak Ijat mahu berbaik semula dengan Tok Mat tetapi Tok Mat taknak layan. Setiap kali Tok Mat cuba buat sesuatu, Budak Ijat akan tolong. Tok Mat jadi rimas dan masuk dalam rumah semula.

Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved