Andainya Takdir Ep4

Airil brek emergency dan menjajau ke tepi jalan. Dia nyaris melanggar kereta rosak di tepi jalan. Fatihah pukul-pukul Airil dan cakap kalau nak mati, sorang-sorang saja jangan nak tarik dia dan anak sekali lalu turun dari kereta. Airil pujuk semula tak akan pandu dalam marah lagi. Tapi Fatihah yang luka di bibir tak peduli tahan teksi dan balik sendiri. Fatihah tidur dalam bilik Aleeya dan bawa masuk semua kunci. Airil pujuk janji takkan ulang lagi. Fatihah tak peduli dan sebab dia dipukul lagi, dia taknak balik kampung esok. Norlin diperli lagi oleh jirannya, Kak Murni sebab tak bercampur dengan orang, kerana itulah dia susah nak dapat anak walau sudah lapan tahun kahwin. Norlin tahan sabar je mengenangkan Kak Murni sedang mengandung anak kelima. Rahmat tenangkannya seperti biasa agar jangan dengar cakap orang. Norlin telefon Aleeya bertanyakan esok mereka balik kampung atau tak kerana rindu dan nak beli hadiah.



Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved