Andainya Takdir Ep6

Airil sedang memegang teddy bear dan belon tiga biji bertulis ‘I- AM- SORRY’. Fatihah acuh tak acuh saja. Liza dan pekerja lain bersorak suruh maafkan je dan puji so sweet bagai. Fatihah masuk dalam biliknya dan Airil juga masuk. Fatihah tak tahan dengan cemburu buta dan ketidakpercayaan Airil kepadanya dan minta dilepaskan cara baik tapi Airil tetap sayangkannya. Fatihah tak tau sampai bila boleh tahan. Airil akan cuba berubah. Fatihah tegaskan yang Airil kena berusaha lebih lagi dan dia akan bantu juga. Airil akur. Lalu mereka happy-happy semula berjogging bersama-sama Aleeya dan makan aiskrim bersama. Tapi bila ada lelaki pandang Fatihah, Airil bengang juga dan tunjuk penumbuk pada lelaki itu. Norlin telefon Aleeya tanya balik kampung atau tak. Aleeya jawab mereka tak balik sebab mamanya ada kerja. Norlin geram je. Dia akan balik kalau Aleeya ada di kampung. Rahmat faham betapa Norlin sayangkan Aleeya dan mereka tidak putus berdoa semoga mendapat cahaya mata.


Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved