Ku Kirim Cinta Ep24

Hamid berusaha membaiki diri dengan mengambil peluang memperbanyakkan amalan di bulan Ramadan sambil memberi tumpuan khusus kepada Fatimah. Khalid terharu dengan perubahan sikap Hamid. Dia turut mengakui kepada Hamid yang selama ini dia tidak begitu kuat untuk menghadapi dugaan. Khalid amat berharap dia dapat kembali ke pangkuan Zainab dan hidup sekeluarga seperti dulu. Zainab yang risau dan merindui Farhan, menerima panggilan telefon daripada Farhan. Dia amat terharu dan gembira. Farhan memberitahu dia sihat dan apabila urusannya selesai, dia akan segera kembali ke pangkuan Zainab. Zainab mula terfikir dan terkenang saat-saat indah keluarga mereka. Dia teragak-agak hendak menelefon Khalid, bagaimanapun membatalkan hasratnya. Tapi tiba-tiba dia menerima panggilan daripada Khalid. Khalid memberitahu Farhan menelefonnya dan dalam waktu yang sama Zainab memberitahu Farhan juga menelefonnya. Mereka akur, Farhan amat menyayangi mereka berdua.


Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved